SEKARANG MASA UNTUK TANAM
- Ahmad Yassir
- Apr 1, 2020
- 2 min read
"TANAMLAH SEKARANG UNTUK DITUAI KEMUDIAN"
Pasti ada yang bertanya, "Bisnes saya tak ada kaitan pun dengan pertanian, apa yang saya nak tanam?"
Cuba renungkan sejenak:
Pak Ali kebetulan dihadiahkan ladang untuk bercucuk tanam. Pak Ali mula menanam pokok durian sebab Pak Ali suka makan durian. Lepas setahun, belum nampak hasilnya. Pak Ali nyaris-nyaris putus asa tapi Pak Ali teruskan usaha dengan membaja dan sebagainya.
Beberapa tahun kemudian, durian runtuh! Kini Pak Ali sedang menikmati hasinya.
[Gambar hiasan: durian]
Secara konsepnya, bercucuk tanam itu perlu beberapa tempoh untuk 'grow', sebelum hasilnya boleh dituai dan dinikmati.
Tapi sebaliknya, kalau TAK TANAM, apa yang nak DITUAI???
[Gambar lukisan graf]
Now, jom apply konsep tadi. Sekarang adalah masa yang paling sesuai untuk 'self-improvement' dan 'build-up/expand network'!
HOW???
1) SELF-IMPROVEMENT
Bagi yang bekerja di bawah majikan, a.k.a makan gaji, pertingkat/perbaiki/perkemaskanlah skill-skill yang berkaitan dengan jawatan/jobscope anda!
Anda boleh baca buku, tonton video online dari pelbagai channel, dan sertai kursus secara online baik yang berbayar mahupun tidak, terpulang. Jikalau berbayar sekalipun, berbincanglah dengan boss/majikan anda, percayalah majikan mana yang tak mahukan penambah baikan di dalam syarikat masing-masing.
Sama juga bagi yang memiliki bisnes sendiri, pendek kata andalah majikan, seharusnya anda sendiri tahu, anda lebih perlukan kepada 'self-improvement', kerana kita semua manusia, 'there is always a room for improvements.
Bagi yang rasa dirinya hanya bekerja buruh, a.k.a kerja yang melibatkan fizikal semata, anda silap.
Anda masih bolehh tingkatkan kemahiran di bidang anda dan kembangkannya!
Hasilnya?
Kalau dulu anda selesaikan satu tugasan dalam 1 jam, kini anda mampu selesaikan satu tugas yang sama dalam masa setengah jam! Majikan anda pasti tersenyum.
[Gambar perbandingan pekerja]
Atau anda boleh pelajari perkara baru, menggunakan kaedah yang sama! Baca buku, tonton video, dan sertai kursus secara online.
Hasilnya, anda jadi seorang pekerja yang memiliki nilai tambaj. Begini, tidakkah anda layak dinaikkan pangkat?
Jadi, tanamlah sekarang, untuk dituai nanti.
2) BUILD-UP NETWORK, CREATE VALUE
Terutama bagi anda yang berada di bidang perniagaan, krisis Covid-19 bukanlah alasan untuk tidak berbuat apa-apa dan berserah kepada nasib.
Bahkan, gunalah peluang ini untuk meluaskan network dan teruskan paparkan iklan dan pelbagaikan platform, pelbagaikan teknik. Belajar dan tambah ilmu berkaitannya.
Jangan putus asa jika tiada respon seperti yang anda harapkan sepanjang PKP ini. Saya yakin usaha yang anda buat tidak akan sia-sia. Sejurus PKP tamat, masyarakat sudah mengenali siapa anda dan bisens anda! Mereka hanya menantikan tamatnya PKP ini menyerbu anda.
[Gambar coke boom]
Create value, jadikan bisnes anda dikenali, biasa dilihat di mata masyarakat. Inilah masanya! Mungkin hari-hari biasa anda terlampau sibuk menguruskan perniadaan anda, jadi sekarang peluang anda!
Jadi kenapa anda berhenti bercakap mengenai bisnes anda?
Saya umpamakan, ibarat kini masa untuk anda kumpul moentum untuk lakukan 'lonjakan' nanti.
Jadi, tanamlah sekarang, untuk dituai nanti.
Jangan terburu-buru untuk menuai sekarang, kerana mungkin ia perbuatan yang sia-sia.
Jom kekal produktif.
Semoga Malaysia dan seluruh dunia selamat mengharungi Covid-19. Amin!
Terima kasih kerana sudi membaca.
Original text is handwritten here:
Commentaires